Bina Web Sendiri

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, August 26, 2010

TEPUNG BARISAN

Assalamualaikum wm.wb.

Saban hari gi Pasar Ramadhan(PR), dah tu kena gi awal plak. Tak gemo le berpusu-pusu n berebut-rebut. 
Takle berebut mana sebenornya qiu panjag je. Buang mase kan. 

Takat ni la teman leh jimat cermat. Anak-anak semua blajo n tinggal kat asrama,  tak dok kat umah.  Nak masak sekali tahan 2/3 ari baru abis, tentu dah tak sedap. Muktamad nya kena bli juge le.


Kalo kome nak tau, ni ade cite bagus ni. Kat Kamunting ni ade PR yang besar kawasannya, sekitar 150 hingga 200 peniaga atau gerai. Stat jam 15:00 dah de pengunjung membeli. Ramai pengunjungnya.Kalo lambat sikit nak belinye kena la berbaris qiu. 

Antara yang ramai pembelinya di gerai Tepung Barisan, sape nak beli kena masuk Barisan noo!. Mase pengunjung  paling ramai sekitar pas balik keja, jam 17:00-18:00. Nampak benor tepung barisan ni btul menyerlah. Panjang qiu sampai 20 orang kadang lebih. Dulu, 4/5 taun pelangganya mencecah sepanjang 50 orang berqiu. La ni bukak kaunter banyak sikit.

Kenapa panjang?  Kenapa digelor Tepung Barisan ?   Kenapa nak beli kena  masuk Barisan?.
Yele! dah sedap enak lazat nih, tentu jadi kegemaran semua golongan daripada budak sampai orang tua yang dah luruh semua gigi.

Bende nye hanyalah juadah tepung talam(TT) je. TT yang begitu liun dan lembut, lemak-manis n masin yang sangat berpadanan dan ngam fulamak ooi!. macam-macam, komplit. TT berbagai, pandan, keladi, ubi, gula kabung(merah), jagung, durian, vanili, jugak karipap basah, popia basah dan lain lagilah. Dek ramainya pengunjung dan pembeli terpaksa la berbaris qiu ; so tu lah di panggil Tepung Barisan, he  he. 


Pas balik trawih gerenti tepung talam yang dah kena sejuk kat peti tu menjadi buruan di umah, takat satu polistrin tu sorang senag-senang langsai tau,  keh  keh.


ari ni pasai TT dulu ,  so .  .    .  Esok , insyaallah jumpe lagi bye .  .

Sunday, August 22, 2010

TOKOH HIDUP SEDERHANA . . didikasi

ASSALAMUALAIKUM ;

ABU DZAR AL GHIFARI



Penyamarannya semasa memasuki kota Mekah sebagai musafir kesasar yang hendak melakukan tawaf di sekeliling patung berhala besar yang melingkari Kaabah. Malah menyerupai musafir yang menempuh perjalanan yang teramat jauhnya, untuk singgah berehat dan menambah bekalan.


Huyung hayangnya jelas, tanpa disedari penghuni Mekah bahawa matanya amat bersinar gembira lagi hatinya sangat bahagia.


Kenapa gambaran ini dihamburkan kepada si musafir kelana yang sebegitu rupa, yang sedari tadi tidak di endah oleh Pemuka Mekah dan Penguasa Kaabah??
Kerana kehadirannya semata-mata untuk menemui dan bersemuka dengan insan maksum yang sangat dirindui dan dicintainya amat mendalam, hanya Tuhan Maha Tahu. Malah jika para Pemuka dan penghuni Mekah tahu kehadirannya semata-mata hendak bersemuka dan mendengar keterangan Muhammad SAW, pasti mereka akan membunuhnya tanpa berlengah walau sesaatpun.


Hamba tuhan ini tak mengira dan tak pedulipun akan dibunuh atau apa akan jadi, setelah merentasi lautan pasir di dada padang terik demi hendak melafazkan imannya kepada seorang lelaki utusan tuhan itu demi kebenaran seruan Muhammad SAW.
Intipan melalui pendengaran dilakukan penuh minat lagi teliti dan berhati-hati,nak tau di mana baginda Al-Amin berada. Perbualan dan percakapan para penghuni Mekah membuka petunjuk, langsung beliau mengenal pasti baginda berada.


Suatu pagi yang mulia, AZ mencari hingga berjumpa sedang baginda bertafakur seorang diri. Didekatinya seraya memberi ucapan "Selamat pagi wahai rakan sebangsa"; "Alaikas salam wahai sahabat." ujar Rasulullah.


Menerusi ayat-ayat Kitabullah yang dibacakan oleh nabi , maka AZ dengan penuh getaran syahdu terus mengucap kalimah syahadah memperhambakan diri dan beriman kepada Yang Maha Esa dan memperakukan kenabian baginda saw.


"Wahai anda dari mana, saudara sebangsa?." Tanya Rasulullah."Dari Gifar." Ujarnya. Seluruh wajah nabi digenangi rasa kagum dan ta'jub, seraya senyuman lebar dibibir baginda. Kedua mereka sama tersenyum kesyukuran.


Ghifar adalah suku/kabilah yang tiada taranya dalam menempuh perjalanan yang sangat jauh. Menjadi tamsil perbandingan dalam misi perjalanan luarbiasa sebagai benchmark dan kebanggaan mereka. 
Keluar-biasaan dalam astronomi menjadi pakar dalam perjalan sewaktu gelap gulita gurun pasir, tanpa tersasar.


Wah, pada ketika Islam baru berputik dan bersorok-sorok daripada diketahui umum, seorang Ghifar sengaja menempuh bahaya dan peritnya perjalanan amat jauh dik kerana Islam dan Rasulnya Muhammad saw. 


Rasulullah tak henti-hentinya merenung atas bawah-atas bawah dengan ta'jub memikirkan kehebatan Ghifar, lalu bersabda; mafhumnya" Sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang disukaiNya.."


Jiwa yang besar lagi kental ini justeru membawa kepada peristiwa dalam Masjid al haram dan berhampiran Kaabah, beliau Abu Dzar dibelasah hingga pengsan, kerana mereklamasikan keislamannya di kalayak yang membenci dan musuh Islam.


Menyaksikan bukti ini nabi memujuknya untuk kembali ke puak kabilahnya dan menunggu hingga Islam akan dikumandangkan secara terang-terangan menjelang nanti.
Tibalah ketikanya nabi saw dengan para sahabat berhijrah ke Madinah al Munawarah untuk mengembangkan syiar Islam. Pada perubahan ini Abu Dzar dengan seluruh kaum kabilah Ghifar dan Aslam berbondong-bondong memasuki kota suci Munawarah terus menuju masjid Nabawi dan bertemu nabi. 


Inilah keampuhan keimanan Abu Dzar membawa perubahan amat besar dan ketara kepada dunia baru Islam.
Sehinggalah Nabi mengulangi sabdanya;
" Takkan pernah lagi dijumpai di bawah langit ini, orang yang lebih benar ucapannya daripada Abu Dzar." Sepanjang hayatnya AZ menyongsongkan panji contoh utama daripada Rasululah dan kedua sahabatnya Abu Bakar dan Umar. menjadi penyagga dan sebagai orang terpecaya memeliharanya.
Ia menjadi mahaguru seni menghindari diri dari godaan pangkat, kekuasaan dan timbunan harta kekayaan. Cita-citanya hanya mengayakan iman dan jiwanya dengan Islam dengan sifat zuhudannya. Kehidupannya sangat citakan Allah dan Rasulnya.


Kesimpulan . .
Jom kite contohi teladan ni. Walaupun dunia kiteni perlukan kekayaan, kita cari duit tu banyak2 tak de larangan, janji patuhi tuntutan  syraiat agama kita.
Tapi . .  didikasi
Kaye, kaye le, bior betoi kaye nye, jangan nak kaye tu main blasah je haram pun rhanduk sondoi je, peke bende makhluk camne !



Monday, August 16, 2010

GENERASI BERAKHLAQ

Assalamualaikum ;


Runtunan Pendidikan sebagai Wasilah(alat)yang berpanjangan untuk membentuk sesebuah ummah(generasi). Dalam setiap slot pendidikan, fokus dan penekanan nilai akhlaq sebagai agenda utama pendidikan individu.
Akhlaq berbeza dengan konsep moral yang difahami oleh sekular. Perbezaan primanya terletak pada AXIOLOGI[Kajian Sistem Nilai]. Akhlaq menekankan nilai baik @ buruk bersifat mutlak dan bukan relatif.



Mengapa nilai akhlaq itu mutlak bukan relatif?

Sebab ia telah disyari'atkan melalui wahyu dan kekal sehingga akhirnya. Bermakna perkara yang berbentuk "APA?" telah diselesaikan secara tuntas.
Tinggal lagi "BAGAIMANA?" menjadi persoalan hendak melaksanakannya.
Contoh jika minum arak itu hukumannya sebat dan denda(hukum ini mutlak), bagaimana nak laksanakan sebat itu adalah mengutamakan kebijaksanaan yang berhemah.

Pendidikan Akhlaq beroperasi bukan hanya di ruang bilik darjah, juteru ia berjalan secara semula jadi dan terancang mulai sebelum individu itu dilahirkan sehinggalah ia bersekolah.

Sedarlah kita semua ni bapak budak, suami atau ketua keluarga(yang jantan le!) berperanan wajib, dan si ibu kena same -same ye! Cukupi bekalan kita nak mendidik anak kite tu. Mengaji Q, baca fatihah, solat dan puase cam la ni, ehem . .
Institusi pendidikan yang tidak formal ini berlaku di rumah dengan sistem dan proses yang tidak formal walaupun ia agak terancang.

Lalu Siapakah guru generasi sebegini? termasuklah kita sebelum ini. Inilah yang disifatkan sebagai pendidikan akhlaq itu berbeza daripada sistem Pedidikan Moral. Kerana unsur mutlaknya mesti dilaksanakan, pada peringkat tertentu, sebagai tanggung jawab yang wajib ditunaikan.

Selanjutnya apabila melibatkan sistem persekolahan, bilik darjah dan sukatan pelajaran(kurikulum dan kokurikulum), jelas pendidikan akhlaq ini meliputi keseluruhan pendidikan yang merangkumi kurikulum-kokurikulum yang dilaksakan di sesebuah institusi itu. Ini bermakna 'roh' iaitu 'jiwa' akademik dan non akademiknya ialah nilai-nilai murni akhlaq.

Kesimpulannya 
Bahawa mulai dari persekitaran institusi, guru, pengurus dan pentadbir, pekerja malah keseluruhan situasi dengan warganya harus mencorakkan sistem penerapan akhlaq sempurna. Keseluruhan eleman inilah sebagai pengukuhan kepada kesuburan pendidikan akhlaq yang mantap dan mapan.
Natijahnya(HASIL PENDIDIKAN) 
Sebagai MEMBANGUN GENERASI BERAKHLAQ INI meliputi keperihatinan ibubapa dan masyarakat serta institusi formal bersama mengembeleng tenaga merialisasikan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More