Bina Web Sendiri

Monday, August 16, 2010

GENERASI BERAKHLAQ

Assalamualaikum ;


Runtunan Pendidikan sebagai Wasilah(alat)yang berpanjangan untuk membentuk sesebuah ummah(generasi). Dalam setiap slot pendidikan, fokus dan penekanan nilai akhlaq sebagai agenda utama pendidikan individu.
Akhlaq berbeza dengan konsep moral yang difahami oleh sekular. Perbezaan primanya terletak pada AXIOLOGI[Kajian Sistem Nilai]. Akhlaq menekankan nilai baik @ buruk bersifat mutlak dan bukan relatif.



Mengapa nilai akhlaq itu mutlak bukan relatif?

Sebab ia telah disyari'atkan melalui wahyu dan kekal sehingga akhirnya. Bermakna perkara yang berbentuk "APA?" telah diselesaikan secara tuntas.
Tinggal lagi "BAGAIMANA?" menjadi persoalan hendak melaksanakannya.
Contoh jika minum arak itu hukumannya sebat dan denda(hukum ini mutlak), bagaimana nak laksanakan sebat itu adalah mengutamakan kebijaksanaan yang berhemah.

Pendidikan Akhlaq beroperasi bukan hanya di ruang bilik darjah, juteru ia berjalan secara semula jadi dan terancang mulai sebelum individu itu dilahirkan sehinggalah ia bersekolah.

Sedarlah kita semua ni bapak budak, suami atau ketua keluarga(yang jantan le!) berperanan wajib, dan si ibu kena same -same ye! Cukupi bekalan kita nak mendidik anak kite tu. Mengaji Q, baca fatihah, solat dan puase cam la ni, ehem . .
Institusi pendidikan yang tidak formal ini berlaku di rumah dengan sistem dan proses yang tidak formal walaupun ia agak terancang.

Lalu Siapakah guru generasi sebegini? termasuklah kita sebelum ini. Inilah yang disifatkan sebagai pendidikan akhlaq itu berbeza daripada sistem Pedidikan Moral. Kerana unsur mutlaknya mesti dilaksanakan, pada peringkat tertentu, sebagai tanggung jawab yang wajib ditunaikan.

Selanjutnya apabila melibatkan sistem persekolahan, bilik darjah dan sukatan pelajaran(kurikulum dan kokurikulum), jelas pendidikan akhlaq ini meliputi keseluruhan pendidikan yang merangkumi kurikulum-kokurikulum yang dilaksakan di sesebuah institusi itu. Ini bermakna 'roh' iaitu 'jiwa' akademik dan non akademiknya ialah nilai-nilai murni akhlaq.

Kesimpulannya 
Bahawa mulai dari persekitaran institusi, guru, pengurus dan pentadbir, pekerja malah keseluruhan situasi dengan warganya harus mencorakkan sistem penerapan akhlaq sempurna. Keseluruhan eleman inilah sebagai pengukuhan kepada kesuburan pendidikan akhlaq yang mantap dan mapan.
Natijahnya(HASIL PENDIDIKAN) 
Sebagai MEMBANGUN GENERASI BERAKHLAQ INI meliputi keperihatinan ibubapa dan masyarakat serta institusi formal bersama mengembeleng tenaga merialisasikan.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More