Bina Web Sendiri

Friday, September 17, 2010

Ilmu

Salam muhibbah;


Ilmu Dalam Pendidikan Islam
Diabahagi Kepada 2 ; Ia itu:
[1]- Ilmu Fardu ain

Ajaran Iman AlGhazali; Ilmu Fardu ain, semua ilmu yang berhubung dengan 'Itikad dan amalan yang wajib kepada semua umat muslim. Ilmu ini mengangungi akidah, keimanan termasuk Rukun Iman yang enam, dan huraian mengenainya yang wajib dituntut oleh setiap mukallaf.


Jugak kena ketahui berkaitan kepercayaan sesat dan karut tahyul yang boleh merosakkan akidah[wajib].


Iman alGhazali juga menjelaskan Ilmu Yang berhubung dengan amalan zahir yang wajib dikerjakan iaitu mempelajari rukun Islan yang lima serta syariat[tatacara dan hukum hakam] rukun bagi mengesahkan amalan.


Termasuk dalam amalan zahir ini mengetahui hukum halal dan haram mengikut keadaan dan suasana kehidupan yang dihadapi oleh seseorang. Seorang biznesman wajib mengetahui perkara-perkara yang haram dalam perniagaan seperti wujudnya riba atau interest, berunsurkan judi, makanan haram, kaeadah perniagaan yang haram dan sebagainya.


Ketiganya ilmu yang berhubungan dengan amalan anggota batin, seperti ilmu tentang pensucian hati daripada sifat-sifat Mazmumah(tercela) keji seperti hasad dengki kianat, ujub, riak, sombong bongkak takabur dan sebagainya.


Pesan Imam AlGhazali lagi kebanyakan sifat-sifat Muhlikat (membinasakan) ada di bahaskan secara rapi dalam kitabnya Al-Ehya' adalah bahagian fardu ain, tetapi sedihnya kebanyakan manusia meninggalkannya kerana sibuk kepada perkara-perkara yang tidak memberikan faedah.




[2]- Ilmu Fardu Kifayah.
Imam AlGhazali juga memberikan fokus kepada Semua ilmu yang bermanfaat untuk menyempurnakan urusan hidup dan kesejahteraan dunia seperti Perubatan, ia amat perlu bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan. Matematik dan Perakaunan kerana ia penting dalam urusan perniagaan dan pembahagian harta wasiat dan pusaka bagi menjaga hubungan sesama manusia. 

Sekiranya ilmu-ilmu kifayah ini tidak dikuasai oleh rakyat mereka akan hidup mundur dan mengalami kesukaran malah membahayakan seluruh negara, jika ada rakyat yang mahir dengannya pada ketika itu gugurlah fardunya kepada orang lain.


Ilmu yang tergolong Fardu kifayah spserti berbekam, menjahit, politik, pertanian, IT dan sebagainya.


Sedikit Perbincangan
Ilmu Fardu Ain kewajipan yang dipertanggung jawabkan kepada setiap mukalaf yang mencukupi syaraat-syaratnya. Setiap individu akan disoal berkenaan kewajipan ini pada hari akhirat kelak, tak kan terlepas.



Fardu Kifayah ni, ada kelonggaran yang bila ade orang atau sesiapa yang dah belajar, ketika tu gugurlah hukum wajib kepada yang lain.


Dik kerana kifayah ni ade lah orang kita ni yang tidak kisah langsung dah mengabaikan ilmu-ilmu ni, tak mau belajar lah, bagi kat orang lain belajar, akibatnya sehingga boleh menjejaskan survival ummah. Ini yang salah faham nih.


Oleh kerana terpikul kepada keseluruhan umat secara kolektif, pada dasar ia bertujuan bagi membina keutuhan, ketahanan, kekuatan, kesejahteraan, perpaduan. Malah kita tidak terlepas daripada menghadapi musuh-musuh. Jadi ilmu-ilmu ni lah patut kita semua kuasai sebanyak-banyaknya. Bukankah begitu !. Oleh sebab tu kita kena prihatin dan sensitif akan keperluan kaum, bangsa dan agama kita.


So sama-sama lah kita mencari dan belajarnya sungguh-sungguh seramai yang mungkin supaya ramai yang pakar dan mahir, tentu survival ummah kita terjamin dan kekuatan terpelihara.


Sebaliknya jangan mengejar yang kifayah jer lalu tinggal seluruh yang fardu ain. Ini langsung tidak memberi makna kepada diri, sebab tiap individu akan dipersoal dan mendapat balasan, siapa pun tak dapat tolong ketika sampai masanya kelak pada hari pembalasan akhirat.


Masyarakat yang komponan nya setiap individu kita, perlu faham betul-betul. Analogi kefahaman ni , kita andaikan sebuah negara sebagai satu badan, kita perlu makan minum, pernafasan, penghadaman, peredaran darah dan keseluruhan sistem fisiologi di kawal oleh pusat. Keharusan kepada tubuh yang sihat mantap, semua keperluan hidup mesti setara dan seimbang fizikal dan mental. Demikian juga sebuah negara yang harmoni dan makmur.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More