Bina Web Sendiri

Wednesday, January 26, 2011

Menutup aurat

Assalamualaikum dan salam muhibbah;



Penguatkuasa
Motifnya berdasar kesah benar.  Cete anak  gadis remaja beragama Islam berketurunan orang kite ler(Melayu), tapi dangkal pengetahuan islamnya.
Cetenya , kat negeri ni tersohor  bermatlamat ‘Membangun Bersama Islam’ Dasar yang diterapkan ni bertjuan hendak mendidik rakyat berakhlaq mulia, khusus yang beragama Islam. Acap pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan spontan kat seluruh premis perniagaan, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi peraturan tersebut. Notis dan garis panduan memang dah disiarkan sebelum operasi dijalankan.


Insiden
Seorang penguasa agama ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan dalam satu-satu operasi yang dijalanakan.  Al Fadzil ustaz ni bagi nasihat kepada yang difikirkan perlu, secara berhemah dan mendalam.
Cete ni anggaran 5 tahun lepas, satu insiden berlaku seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion didapati melanggar peraturan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, alfazil ni pun bagi la teguran nasihat bertujuan untuk mendidik, “..pas ni harap saudari insaf dan akur peraturan.  ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, sesungguhnya menutup aurat ni wajib termasuk perintah Allah...kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya ,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita dihumban  ke dalam neraka jahanam tu…”



Gadis tersebut yang sedari tadi  membungkam  tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak buat syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Pengasih Penyayang lah?”
Rasa nyer anak dara ni dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.., dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Alfazil Ustaz tu terpane sbentar..
Kalo dibiar boleh rosak akidah budak nih!.  Bahaya ler budak ni.
Setelah habis gadis tu membebel,
Ustaz tu pun mejelaskan kedudukan sebenar; “Nak!   kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya bole culik dan kurung kemudian jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga, jual lagi..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut besar. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun hujah lagi: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.
“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.



Pesanan untuk semua
Last sekali Ustaz berpesan; “dik, bagi nasihat ni kerana kasih sesama Islam. Allah itu Maha Penyayang, juga Maha Adil. Jadi neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. rasanye awak dah faham kan. Kita sedang diuji kat dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh allah, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar mentaati perintahNya, untuk kebaikan diri kita dan orang lain gak.
Assalamu’alaikum.”
Uztaz tu menutup kalam dengan harapan semua muslimat akan tutup aurat macam yang diperintah allah dan rasulnya.
Tuhan dah cipta tubuh badan kite, diberikan roh/nyawa, dan diwajibkan tutup aurat. Alih-alih dah besor panjang berani plak lawan cakapNYA ! kan pelek orang cam ni, eeh orang ke ni??



1 comments:

nice info my frend...

http://indoetnix2.blogspot.com

success..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More