Bina Web Sendiri

Saturday, September 4, 2010

Saidina Ali k.w.r.a.Mengungkap-Peribadi. Baginda Nabi

Assalamualaikum wm.wb.

Saidina Ali k.w. r.a. adalah sahabat Rasulullah s.a.w. selain Saidina Abu Bakar , Saidina Umar dan saidina Osman. Saidina Ali antara yang jadi tarikan, kerana keremajaan dan ketaatan serta kasihnya kepada nabi. Beliau adalah pintu gedung ilmu sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

Sahabat ini amat tinggi kecintaannya kepada nabi.  Pernah Saidina Ali k.w. r.a. mengungkapkan peribadi Rasulullah s.a.w...
Baginda  sentiasa bersedia kepada  semua keadaan dan sangat adil. Sesiapa yang rapat dengannya adalah yang terbaik di kalangan mereka, dan yang terbaik di kalangan mereka di matanya adalah mereka yang bijaksana. Yang dipandang tinggi olehnya di kalangan mereka adalah yang paling mengambil berat hal orang ramai dan membantu mereka. Dia tidak bangun atau duduk tanpa memuji Tuhan.
Baginda tidak kasar dan tidak suka perangai yang kasar, dan dia tidak pernah menjerit di pasar. Dia tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, sebaliknya memaafkannya dan melupakannya.
Baginda tidak pernah memukul apa-apa dengan tangannya kecuali ketika berjuang dengan nama Allah. Dia tidak pernah memukul orang suruhan, atau wanita, dan aku tidak pernah melihat dia membalas dendam ke atas ketidakadilan yang dilakukan ke atasnya, melainkan jika larangan Allah dilanggar.

Jika larangan Allah dilanggar dia adalah di antara yang amat marah. Dia tidak pernah memberikan pilihan di antara dua perkara sebaliknya memilih yang paling mudah di antara keduanya. Baginda tidak pernah meng abaikan sesuatu sehingga mereka mengabaikannya dan tidak menghiraukannya

Baginda bertanya khabar sahabat-sahabatnya dan bertanya khabar berkenaan orang ramai.  Menggalakkan apa yang baik dan mengukuhkannya,  tidak menggalakkan apa yang buruk dan menghalangnya.  Sentiasa  seimbang dan konsisten.. Jika berada di rumah, dia seperti mana-mana lelaki lain; dia membasuh pakaiannya, memerah susu kambingnya, dan melayan dirinya

Baginda menjaga lidahnya daripada perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya. Sentiasa menerima orang ramai dan tidak menolak mereka. Memuliakan golongan yang mulia dan memberikan mereka kuasa melaksanakan urusan mereka. Dia berhati-hati dengan orang ramai dan menjaga dirinya terhadap mereka, malahan sentiasa senyum kepada mereka dan berkelakuan seperti yang sepatutnya.

Jika dia masuk ke majlis, dia akan duduk di hujung (bukan di depan) dan menggalakkan orang lain berbuat demikian. Dia akan memberikan mereka yang duduk dengannya apa yang patut mereka terima dengan adil sehingga mereka tidak merasa ada di antara mereka yang lebih penting kepadanya. Jika seseorang datang berjumpanya atau meminta pertolongannya, dia akan bersabar sehingga mereka (tetamu) yang pergi dahulu.
Mereka yang meminta daripadanya tidak pernah dihampakan melainkan dia memberi apa yang diminta atau diucapkan kata-kata yang baik. Keceriaannya dan budi bahasanya menawan mereka sehingga dia bagaikan bapa mereka dan mereka mempunyai hak yang sama sepertinya.

Mereka di sekelilingnya adalah orang-orang yang berilmu, rendah diri, sabar dan jujur. Mereka tidak meninggikan suara atau melanggar larangan. Mereka tidak mendedahkan kesilapan satu sama lain, sebaliknya mereka setara, saling ingat-mengingati akan Tuhan. Mereka menghormati orang tua, mengasihi anak-anak, membantu yang memerlukan dan melindungi orang asing”.

Semoga saya dan kita semua mengambil pelajaran, mengamalkannya dan menyampaikan pada yang lain. Allah s.w.t. juga yang memberi kita upaya.

2 comments:

akhlak terpuji yang menjadi dambaan kita untuk mengikutinya...kan
moga kita diberi kekuatan untuk mencontohinya

yalah tuhan pun akui baginda memiliki akhlaq alquran

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More