Bina Web Sendiri

Tuesday, January 25, 2011

TARBIAH

Dalam BM ialah PENDIDIKAN.
Tarbiah membawa makna asalnya Pertambahan,Ketingian juga Perkembangan. Berasal dari RABBA = memperbaiki, ISLAH = Memimpin n Mentadbir. Rangkumannya TARBIAH bermaksud membangun secara berfasa untuk mencapai tahap kesempurnaan secara terpimpin.


Ungkapan RAB juga nama Allah sebagai pengawal, pengislah, pentadbir dan mengarahkan seluruh makhluk mencapai kesempurnaan.


Tarbiah meliputi 2 unsur lengkap Pertambahan dan Perbaikan(Islah) hingga ke tahap Kesempurnaan. Selari dengan FPN - menjadi insan KAMIL.( aduhai betuah nama si Kamil  ye!) so bagi lah name yang elok2 kat anak2 mengkome  ye!


PENDIDIKAN PADA SUDUT ISLAM
Suci dan Teramaaat le Mustahak menjadilah ia wajib dilaksanakan oleh setiap individu. Malah menjadi ibadat yang Agung dan tak boleh dipisahkan daripada setiap jiwa.

Dalil pada ayat pertama wahyu, Iqrak"Bacalah". Maksudnya belajarlah merupakan intipati membaca.
Balajarlah walau ke negeri China sekalipun(membaca le tu)
Mencapai tahap berilmu dengan membaca, mencapai tahap Jutawan mesti dengan berilmu. 


Dr.Irfan Khairi ade beri tau, kalo sehari sejam membaca, seminggu hatam sebuah buku. Setahun 48 buku, maka dalam masa 3 tahun 144 buah buku habis dibaca.Umumnya para jutawan mencapai tahapnya  setelah membaca MELEBIHI 100 buah buku. 


WAH CAM NI SESIAPA PUN BERPOTENSI JADI JUTAWAN kan? kan? Memang ler . . habis 1 buku dipraktik , habih 10 - 10 gi praktik.   Dah tu jika dipraktikkan 144/150 perkara yang dibaca , tentulah tercapai Matlamat Jutawan tu kan!


Ni lah yang digalakan dalam Islam ni, supaya umah nya berilmu dan sejahtera hidupnya. Besar sungguh peranan TARBIAH itu kepada makhluk Allah,  memudahkan dan selesa untuk beribadah hanya kepada YME saja. TQ.

Reactions:

1 comments:

sekarang ni banyak membaca di blog...
baca buku dah kurang sangat

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More