Bina Web Sendiri

Sunday, August 22, 2010

TOKOH HIDUP SEDERHANA . . didikasi

ASSALAMUALAIKUM ;

ABU DZAR AL GHIFARI



Penyamarannya semasa memasuki kota Mekah sebagai musafir kesasar yang hendak melakukan tawaf di sekeliling patung berhala besar yang melingkari Kaabah. Malah menyerupai musafir yang menempuh perjalanan yang teramat jauhnya, untuk singgah berehat dan menambah bekalan.


Huyung hayangnya jelas, tanpa disedari penghuni Mekah bahawa matanya amat bersinar gembira lagi hatinya sangat bahagia.


Kenapa gambaran ini dihamburkan kepada si musafir kelana yang sebegitu rupa, yang sedari tadi tidak di endah oleh Pemuka Mekah dan Penguasa Kaabah??
Kerana kehadirannya semata-mata untuk menemui dan bersemuka dengan insan maksum yang sangat dirindui dan dicintainya amat mendalam, hanya Tuhan Maha Tahu. Malah jika para Pemuka dan penghuni Mekah tahu kehadirannya semata-mata hendak bersemuka dan mendengar keterangan Muhammad SAW, pasti mereka akan membunuhnya tanpa berlengah walau sesaatpun.


Hamba tuhan ini tak mengira dan tak pedulipun akan dibunuh atau apa akan jadi, setelah merentasi lautan pasir di dada padang terik demi hendak melafazkan imannya kepada seorang lelaki utusan tuhan itu demi kebenaran seruan Muhammad SAW.
Intipan melalui pendengaran dilakukan penuh minat lagi teliti dan berhati-hati,nak tau di mana baginda Al-Amin berada. Perbualan dan percakapan para penghuni Mekah membuka petunjuk, langsung beliau mengenal pasti baginda berada.


Suatu pagi yang mulia, AZ mencari hingga berjumpa sedang baginda bertafakur seorang diri. Didekatinya seraya memberi ucapan "Selamat pagi wahai rakan sebangsa"; "Alaikas salam wahai sahabat." ujar Rasulullah.


Menerusi ayat-ayat Kitabullah yang dibacakan oleh nabi , maka AZ dengan penuh getaran syahdu terus mengucap kalimah syahadah memperhambakan diri dan beriman kepada Yang Maha Esa dan memperakukan kenabian baginda saw.


"Wahai anda dari mana, saudara sebangsa?." Tanya Rasulullah."Dari Gifar." Ujarnya. Seluruh wajah nabi digenangi rasa kagum dan ta'jub, seraya senyuman lebar dibibir baginda. Kedua mereka sama tersenyum kesyukuran.


Ghifar adalah suku/kabilah yang tiada taranya dalam menempuh perjalanan yang sangat jauh. Menjadi tamsil perbandingan dalam misi perjalanan luarbiasa sebagai benchmark dan kebanggaan mereka. 
Keluar-biasaan dalam astronomi menjadi pakar dalam perjalan sewaktu gelap gulita gurun pasir, tanpa tersasar.


Wah, pada ketika Islam baru berputik dan bersorok-sorok daripada diketahui umum, seorang Ghifar sengaja menempuh bahaya dan peritnya perjalanan amat jauh dik kerana Islam dan Rasulnya Muhammad saw. 


Rasulullah tak henti-hentinya merenung atas bawah-atas bawah dengan ta'jub memikirkan kehebatan Ghifar, lalu bersabda; mafhumnya" Sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang disukaiNya.."


Jiwa yang besar lagi kental ini justeru membawa kepada peristiwa dalam Masjid al haram dan berhampiran Kaabah, beliau Abu Dzar dibelasah hingga pengsan, kerana mereklamasikan keislamannya di kalayak yang membenci dan musuh Islam.


Menyaksikan bukti ini nabi memujuknya untuk kembali ke puak kabilahnya dan menunggu hingga Islam akan dikumandangkan secara terang-terangan menjelang nanti.
Tibalah ketikanya nabi saw dengan para sahabat berhijrah ke Madinah al Munawarah untuk mengembangkan syiar Islam. Pada perubahan ini Abu Dzar dengan seluruh kaum kabilah Ghifar dan Aslam berbondong-bondong memasuki kota suci Munawarah terus menuju masjid Nabawi dan bertemu nabi. 


Inilah keampuhan keimanan Abu Dzar membawa perubahan amat besar dan ketara kepada dunia baru Islam.
Sehinggalah Nabi mengulangi sabdanya;
" Takkan pernah lagi dijumpai di bawah langit ini, orang yang lebih benar ucapannya daripada Abu Dzar." Sepanjang hayatnya AZ menyongsongkan panji contoh utama daripada Rasululah dan kedua sahabatnya Abu Bakar dan Umar. menjadi penyagga dan sebagai orang terpecaya memeliharanya.
Ia menjadi mahaguru seni menghindari diri dari godaan pangkat, kekuasaan dan timbunan harta kekayaan. Cita-citanya hanya mengayakan iman dan jiwanya dengan Islam dengan sifat zuhudannya. Kehidupannya sangat citakan Allah dan Rasulnya.


Kesimpulan . .
Jom kite contohi teladan ni. Walaupun dunia kiteni perlukan kekayaan, kita cari duit tu banyak2 tak de larangan, janji patuhi tuntutan  syraiat agama kita.
Tapi . .  didikasi
Kaye, kaye le, bior betoi kaye nye, jangan nak kaye tu main blasah je haram pun rhanduk sondoi je, peke bende makhluk camne !



0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More